FREE SHIPPING with minimum purchase RM150 & above. Max 3kg/Order! [Malaysia Only]

TIPS ELAK RASA MENGANTUK DI TEMPAT KERJA
December 5, 2023

Posted by Admin Hasnuri

” Huarghhh mengantuknyaaaa !!!! ”

haaaa ini mesti menjadi dialog wajib korang setiap kali bekerja kan… betul tak ? Tahu dah…

ada yang waktu pagi betul -betul semangat buat kerja tapi bila masuk tengah hari je terus sayu je mata … nak nak pula baru lepas lunch.. pehh menjadi-jadi ngantuknyaa .

Jadi hari ini nak share dengan korang beberapa tips atau cara yang dapat dicuba untuk mengelakkan rasa mengantuk di tempat kerja.

 

JANGAN TINGGAL SARAPAN

Sarapan pagi adalah makanan pertama yang diambil selepas bangun pagi dan
sebelum memulakan aktiviti harian anda. Tetapi tidak semua yang suka mengambil sarapan pagi kerana tidak terbiasa atau sakit perut apabila mengambilnya. Tetapi untuk terus kekal bertenaga melakukan pekerjaan kena lah ambil sarapan. Tidak semestinya sarapan itu nasi lemak atau roti canai… makan biskut dan roti juga boleh.

 

TIDUR YANG MENCUKUPI

Tidur yang tidak mencukupi menjadi salah satu faktor korang ngantuk di tempat kerja.Tidur yang mencukupi ialah tidur diantara 6-9 jam . Sekiranya anda kurang dan terlebih tidur anda akan berasa ngantuk. Cuba disiplinkan diri untuk tidur awal dalam beberapa hari, dan anda akan lihat perbezaannya.

 

SENAMAN REGANGAN

Duduk tanpa bergerak dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan badan penat dan menyebabkan korang rasa ngantuk. Oleh itu. menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai merupakan senaman ringan yang boleh dilakukan.

 

DENGAR MUZIK

Buka lagu-lagu yang rancak yang dapat merangsangkan dan meningkatkan ketajaman minda dan bantu korang menjadi segar. Tidak salah untuk mendengar lagu sambil buat kerja tapi jangan lah buka terlalu kuat sehingga mengganggu pekerja-pekerja lain. Sebaiknya pakai lah earphone atau headphone.

 

BERBORAK DENGAN RAKAN KERJA

Jika ada masa yang terluang , bebual lah dengan rakan sekerja. Cara ini dapat menghilangkan rasa bosan dan rasa ngantuk . Tapi ingatt !! Jangan mengumpat orang lain tau dangan jangan sampai terleka sehingga tak siap kerja pula..

 

 


Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping